aku ini manusia
yang tak pernah lari dari dosa
aku ini remaja
yang jiwanya sentiasa berkelodak mengikut masa
aku sedar itu memang caranya
tetapi kerana umur telah meningkat dewasa
bukan mendakwa aku sudah tahu segalanya tentang dunia
tetapi jiwa aku bagaikan kaca
mudah pecah bila-bila masa
tegurlah aku dengan caranya
didiklah aku dengan nadanya
kerana aku ini masih anak
anak yang sering tersilap langkah dijalanannya
bukan niat aku mahu mengetepikan sesiapa
apatah lagi insan itu yang membawa aku ke dunia
tetapi kekhilafan diri membutakan segalanya
andai pintu keampunan itu masih terbuka
terimalah ungkapan maaf itu dengan rela
pimpinlah aku kembali kejalanNya
jangan biarkan aku dihimpit dosa
jangan biarkan aku dihimpit hiba
jangan biarkan aku menjadi derhaka
aku hanya insan biasa
yang masih mentah mengharungi dunia
Rabu, 10 Februari 2010
Langgan:
Catatan (Atom)